Monday, November 5, 2012

:: Coretan Hoore Hoore ::



Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta,
Cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu. 



Cinta itu dapat menerima kekurangan dan kelebihan.


Sabda Rasulullah S.A.W,
Sesuatu amaan itu bergantung pada niat.


Kecantikan sebenar datang dari hati,
Untuk apa rupa cantik macam bidadari,
Tapi perangai cingai.


Setiap penciptaan Tuhan itu tidak sia-sia,
Allah telah mencipta mengikut kehendakNya,
Dengan sempurna, indah dan cantik.


Cantik seseorang itu berbeza; tak sama.


Zahir bukan ukuran.


Hanya jauhari kenal manikam.



Ikut resam matahari;
Orang suka atau tak, dia tetap bersinar.
Sebab ia memberikan manfaat pada semua.


Yang lama kita jaga,
Yang baru kita selesakan.
Kalau tidak  sampai bila pun kita di takuk lama.


Hati kecil tak pernah menipu tentang cinta.


Orang besar-besar ni cute.


Sahabat sejati takkan pernah berubah hati,
Biarpun musim selalu berubah.


Jari-jari kita pun tak ada yang sama,
Perbezaan itu adalah untuk saling melengkapi dan menyempurnakan.
Jadi tak perlu takut untuk jadi berbeza.


 Maruah juga ada pada lidah.
Lidah seorang Mukmin adalah hatinya.


Dalam mendidik anak,
Ibu bapa perlu jadi penonton.
Bukan penghukum, bukan penghalang.
Lepaskan macam layang-layang;
Setinggi mana pun, masih boleh dijaga.


Tuhan takkan beri kita dugaan,
Kalau kita tak mampu hadapinya.


Perintah agama itu bukannya
satu pasungan untuk kaum Hawa.


Kadang-kadang ibu bapa pun terlepas pandang,
Mereka rasa apa yang mereka buat itu
terbaik untuk anak-anak,
Tapi sebaliknya.



Bukan terlalu obses dengan cerita ni,
tapi ada certain quotations dalam cerita ni,
yang boleh kita jadikan pedoman.

kita ni manusia biasa.
tak semua kita mampu luahkan.
kadang kala petikan cerita
dapat mewakili isi hati kita yang sebenarnya.


No comments:

Post a Comment